BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 10 July 2011

lumrah kehidupan..

Dalam hidup kita, terkadang kita lebih banyak mendapat apa yang tidak kita inginkan, dan ketika kita mendapat apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan itu terkadang tidak dapat membuat hidup kita lebih bahagia"

Title: Utk Yang Single-Mingle
p/s : juga utk yg asyik dok bertanya jodoh si bujang2... :)

Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna. emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara. ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba(he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???
Aduuuhh.aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata

Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa.haa.haa)
Andai memilih isteri semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..

Bila nak kawin???
Aaahhh.sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh.
Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada
-------------------------------------------------------------------------------------------
• setelah puas memandang orang lain.. pandang lah pula diri sendiri. cari jati dri .. jadi diri sendiri, orang lain suka mengkeji.. dan memuji.. hakikat nya kita lebih tahu diri kita. memuaskan hati semua orang adalah mustahil. lagi kita mencuba lagi kita terseksa,, so... kita enjoy.. aku .. pahit.. sedeh.. muram dan sepi..
---------------------------------------------------

2 comments:

Afee said...

saya lambat lagi nak kahwin bang..=D

jeng.jeng. said...

hahhahaha...xlambat dh aih,,tunggu masa ja